mereka melihat intelektual hanya sebagai orang yang mengadakan perbincangan meja bulat atau sekadar duduk dalam kuliah. Aku kesal yang mereka tidak memahami perbezaan antara intelektual dan intelegensia, lalu mengecilkan peranan dan pandangan tentang intelektual.
Aliff Naif Mohd Fizam
Babak terpenting dalam Revolusi Perancis adalah satu peristiwa yang dinamakan Perarakan Wanita ke Versailles (Women’s March to Versailles). Pada 5 Oktober 1789, seorang wanita muda memukul gendang di pasar menandakan bermulanya panggilan untuk menuntut keadilan buat diri mereka. Paluan gendang itu telah mengerakkan ribuan wanita untuk menuntut supaya harga roti diturunkan.
Kaum India dirancang dan diatur rapi kemasukannya oleh pemerintah kolonial. Buruh India diletakkan secara sistematik dan struktural khususnya di estet untuk mengambil alih sektor perladangan. Dari sini kita boleh lihat jelas bahawa sistem “Pecah dan Perintah” yang dijalankan pemerintah kolonial itu lebih bersifat ekonomi berbanding politikal.
Sebagai latarbelakang, Timbuktu pada abad ke-15 dan ke-16 merupakan satu kawasan di bawah Kerajaan Mali yang menjadi pusat tumpuan para pedagang. Timbuktu merupakan persimpangan jalan antara pedagang yang membawa garam dari seberang Sahara dan juga emas dari pedalaman Afrika.
Sejak setengah dekad yang lalu, terdapat sejenis pendekatan yang semakin kerap digunakan oleh politikus; populisme. Pemerintahan Donald Trump di Amerika Syarikat menyemarakkan lagi perbincangan tentang Populisme ini.
Walaupun keadilan merupakan tema besar bagi buku Republik, terdapat dua perkataan utama yang wujud dalam gaya penceritaan Plato. Dua perkataan itu ialah Arete dan Techne.
Bila kita bicara tentang jalur kiri, kiri yang bagaimana yang kita maksudkan? Adakah mereka ini membawa idea sosialisme atau Marxisme – yang sering diwacanakan sebagai “kiri” dalam politik Barat? Bagaimana mereka-mereka ini muncul? Jalur kiri dan kanan di Malaya – adakah perbezaan yang ketara dalam perjalanan menuntut kemerdekaan?
Setelah negaranya merdeka sekalipun, Malik Bennabi tidak berhenti lagi bercakap soal penjajahan. Padanya penjajahan ini lebih dari sekadar hubungan golongan penjajah (colonizer) dan golongan yang dijajah (colonized).
Menyelak kembali Sejarah Melayu dan juga Sulalatus Salatin, kita akan bertemu dengan satu kisah perjanjian atau Waad di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang dipetik sebagai kisah tentang Daulat dan kontrak sosial antara raja dan rakyat.
Orwell menulis 1984 sebagai satu bentuk amaran tentang bagaimana pihak kerajaan boleh mengawal rakyat melalui bahasa-bahasa yang lunak. Ini bentuk pengawalan pergerakan rakyat tanpa perlu membelenggu secara zahir.
Dicabutnya akar seorang pelajar dari tanah yang subur untuk pertumbuhannya. Bunga semangatnya dulu mekar, kini makin layu.
Plato dan Aristotle mungkin berbeza sudut pandang mereka dalam melihat dan menafsir Doxa. Namun mereka bersetuju tentang satu perkara; berfikir itu perlu.
3 minggu aku menjadi murid Chidi dan aku merasakan topik falsafah moral ini sangat menarik. Penerangannya jelas, serta dalam bentuk yang menarik, terutamanya dalam satu episod bilamana Chidi membincangkan masalah troli. Merata-rata aku terbaca tentang masalah klasik ini tapi The Good Place juga la yang berjaya memberi penerangan dalam gaya yang sangat santai.