Tentang Kami

ALTERNATIF adalah sebuah portal atas talian yang cuba untuk membuka ruang perbincangan dalam isu-isu yang terkait rapat dengan kehidupan harian manusia, melalui sudut pandang yang jarang-jarang diketengahkan. Boleh jadi isu-isu yang dipaparkan relevan buat pembaca, boleh jadi ianya tidak; kami cuma percaya amalan membaca tidak pernah merugikan siapa-siapa. 

Tulisan-tulisan di dalam portal ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ALTERNATIF, kerana ALTERNATIF akhirnya hanyalah sebuah laman sesawang yang dibangunkan perisian komputer. 

Penulis-penulis yang dihimpunkan dalam portal ini tentu sekali mempunyai citarasa masing-masing yang bebas untuk dipamerkan. Pembaca bertanggungjawab ke atas perasaan dan pandangan yang terbentuk melalui pembacaan sendiri.  

ALTERNATIF: Surat-surat Dari Luar Kotak