Tentang Perangkap Kebahagiaan

Tentang Perangkap Kebahagiaan

Kalau anda miliki satu lembah emas, adakah anda akhirnya akan rasa cukup, dan bahagia dengan apa yang anda ada? 

Kebahagiaan terbahagi kepada dua, eudaimonia dan hedonik.

Secara ringkasnya, eudaimonia ialah bahagia yang kita terima bila kita cuba jadi lebih baik dari semalam, hedonik pula bahagia yang kita terima bila kita lakukan atau elak buat sesuatu dengan tujuan untuk rasa seronok.

Memahami dua jenis kebahagiaan ini penting supaya kita dapat elak perangkap  kebahagiaan yang bahaya, iaitu apa yang dipanggil “Hedonic Treadmill”.

Ada satu konsep dalam kajian kebahagiaan yang dipanggil adaptasi hedonik. Ia tunjuk bahawa kebahagiaan ada satu garis dasar. Bila kita terima kebahagiaan, rasa bahagia itu tidak lama kerana kita akan terbiasa dengan rasa bahagia tersebut, sama juga sebaliknya. 

Garis dasar ini cipta perangkap yang bahaya. Ia tunjuk yang kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada. 

Gautam Baid dalam buku beliau Joys of Compounding menulis tentang hal ini, 

"Kita mungkin ada x dan fikir ia cukup untuk kehidupan yang bahagia, tapi bila kita lihat mereka yang ada 2x, kita rasa itu yang buat kita bahagia. Kemudian, kita akan pandang mereka yang ada 3x,4x atau 10x."

Seneca juga pernah tulis, "It is not the man who has too little, but the man who craves more, that is poor"

Kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. 

Jadi membazirkah kita cari harta? Jawapannya, mestilah tidak membazir. Kita perlukan wang untuk teruskan kehidupan. 

Seneca ada menulis, "Do you ask what is the proper limit of wealth? It is first to have what is necessary, and, second, to have what is enough."

Morgan Housel juga tulis hal yang sama, “The solution, particularly after basic needs are met, is actively seeking contentment with what you have. That doesn’t mean you stop saving, stop putting in effort, stop sacrificing. It means you come to terms with the idea that the outcome isn’t a fountain of happiness. So if you’re going to grind, you better damn well enjoy the process.”

Tulisan Morgan Housel ini berikan kita solusi kepada hedonic treadmill, iaitu dengan memahami bahawa hasil (outcome) bukanlah "fountain of happiness" 

Apa maksud beliau? 

Menurut Jonathan Haidt, penulis buku The Progress Principle, kebahagiaan tidak datang bila kita capai sesuatu matlamat, ia datang bila kita cuba untuk capai matlamat tersebut: 

“We can call this “the progress principle”: Pleasure comes more from making progress toward goals than from achieving them. Shakespeare captured it perfectly: “Things won are done; joy's soul lies in the doing.”

Jadi, salah satu solusi untuk hedonic treadmill ialah untuk sentiasa cuba jadi lebih baik dari semalam. Kebahagiaan lahir dari situ. 

Jadi, untuk jawap soalan diatas, adakah kita akan rasa cukup jika kita miliki satu lembah emas? 

Hadis sudah pun menunjukkan: 

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu ia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (yaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)

Jadilah orang berjaya dengan sentiasa cuba untuk jadi lebih baik dari semalam: 

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.

Foto: Chantelle Grady

Share this Post: