Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera

Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera

Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera

20 Mei 2021 adalah tarikh sambutan Hari Hipertensi untuk tahun 2021. Mungkin ramai tidak menyedari kerana liputan tentang COVID-19 mendominasi portal-portal kesihatan dunia. Jika disingkap, hipertensi atau darah tinggi juga adalah masalah kesihatan yang sangat serius dan sukar dikawal. Ruang risiko untuk menghidap penyakit ini juga sangat luas dan meliputi setiap lapisan masyarakat.

Berikut antara fakta berkaitan dengan hipertensi di Malaysia; 

1. Penyakit cardiovascular seperti serangan jantung, strok adalah penyebab kematian utama di Malaysia. 3 faktor risiko penyakit cardiovascular adalah kencing manis, paras kolestrol yang tinggi dan HIPERTENSI.

2. 6.4 juta rakyat Malaysia adalah penghidap Hipertensi namun hanya separuh yang menyedari bahawa mereka menghidap penyakit ini.

3. Tekanan darah tinggi meningkat seiring dengan usia. Bagi mereka yang berusia bawah 30 tahun, lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidapi Hipertensi.

4. Lebih berat badan dan obesity abdomen adalah antara risiko kesihatan yang dikaitkan dnegan penyakit Hipertensi.

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai literasi kesihatan atau keupayaan untuk cari, faham dan guna maklumat berkaitan kesihatan yang rendah. Ini akan menyulitkan kefahaman terhadap risiko kesihatan dalam kehidupan seharian termasuk penyakit Hipertensi. Untuk kawalan penyakit yang lebih berkesan, masyarakat perlu peka dengan informasi kesihatan yang tepat.

Banyak cara dan amalan yang disyorkan untuk memastikan tekanan darah sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Antara lainnya termasuklah;

1. Mengekalkan kehidupan yang aktif. 1 dari 4 orang dewasa di Malaysia adalah tidak cukup aktif secara fizikal. Kehidupan yang aktif dapat membantu mengurangkan risiko penyakit hipertensi.

2. Pengambilan garam yang terkawal. Menjelang tahun 2025, Malaysia menetapkan sasaran pengurangan pengambilan garam secara purata sebanyak 30% kepada 6.0gram/sehari. Ini akan mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk Hipertensi.

3. Berat badan yang unggul. Berat badan yang berlebihan dan obesity adalah anatara faktor risiko utama menyumbang kearah penyakit hipertensi. Amalan makanan yang sihat dan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal akan membantu mencapai berat badan yang unggul.

4. Berhenti atau jangan mula merokok. Malaysia meletakkan sasaran pengurangan 30% prevalen perokok berusia lebih 15 tahun. Usaha ini bagi membendung penyakit yang berkaitan dengan amalan merokok termasuk Hipertensi.

5. Hindari stress berpanjangan. Setengah juta golongan dewasa di Malaysia dikatakan menghadapai kemurungan atau stress. Sekiranya stress dapat ditangani dengan baik akan mengurangkan risiko kenaikan tekanan darah.

Sentiasa sedar status kesihatan diri. Penyakit Hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang symptom. Pemeriksaan secara berkala amat membantu unutk mengesan penyakit ini lebih awal supaya intervensi dan rawatan dapat dilakukan lebih awal sebelum penyakit menjadi lebih serius.

Hipertensi adalah penyakit yang boleh dihindari dan boleh dikawal. Ini banyak bergantung kepada tingkah laku dan amalan individu sendiri. Tekanan darah yang stabil akan membantu mengurangkan risiko hipertensi seterusnya menjamin kesejahteraan masyarakat.

Selamat Hari Hipertensi, kawal tekanan darah, hidup lebih sejahtera. 

Dr Afiq Amsyar adalah salah seorang Pegawai Perubatan yang kini bertugas dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Foto: iStock

Share this Post: