Mungkin bagi yang tidak mengenali atau bukan peminat Queen, bait-bait tulisan di atas pada mereka mungkin hanyalah susunan perkataan yang tidak membawa makna atau gibberish.
Seandainya diberitahu ia merupakan lirik kepada sebuah lagu yang ditulis oleh seorang vokalis daripada sebuah kugiran yang terkenal di seluruh dunia bernama Farrokh Bulsara pasti ramai yang akan tertanya-tanya siapakah pula gerangan manusia yang bernama Farrokh ini?
Farrokh Bulsara atau Freddie Mercury dilahirkan pada 5 September 1946 di Kesultanan Zanzibar(sekarang dikenali sebagai Tanzania). Anak kepada kepada pasangan Bomi dan Jer Bulsara yang berketurunan Parsi ini yang berasal dari sebuah bandar bernama Bulsar (sekarang dikenali sebagai Valsad), Gujarat.
Dek tugas bapanya sebagai juruwang di Pejabat Kolonial British, mereka semua telah berhijrah ke Zanzibar. Namun demikian, zaman kanak-kanak beliau dihabiskan di India dengan tinggal bersama saudara-maranya yang menetap di sana.
Ketika berusia seawal tujuh tahun beliau dihantar untuk menyertai kelas piano, instrumen muzik yang amat sinonim dengan beliau. Apabila menjejak usia lapan tahun beliau dihantar ke sekolah berasrama lelaki ala British di Mumbai.
Di sinilah beliau mengasah bakatnya sebagai penyanyi dengan menubuhkan kugiran pertamanya the Hectics. Salah seorang rakannya menyatakan, beliau mempunyai bakat ‘luar biasa’ apabila beliau mampu bermain semula apa sahaja lagu yang beliau dengar di corong radio menggunakan piano.
Berpindah ke Britain
Revolusi yang berlaku di Kesultanan Zanzibar pada awal 1964 memaksa keluarga Bulsara untuk bermigrasi ke England dan mereka mmemilih menetap di Barat London. Di London,Mercury meneruskan pengajiannya dalam bidang seni reka dan grafik di Ealing Art College.
Usai, menamatkan pengajiannya di kolej, beliau menyertai beberapa buah kugiran yang gagal mencipta nama di samping menyara hidupnya ketika titu dengan menjual pakaian terpakai di Pasar Kensington bersama bakal bandmate beliau, Roger Taylor.
Menurut Taylor walaupun ketika itu mereka sudah berkawan tetapi beliau hanya mengenali Mercury seorang kawan yang ‘gila’ yang selalu ada bersamanya saat mereka bersuka ria dan bukanlah seorang penyanyi. Selain itu, kawan-kawan beliau yang lain juga menganggap Mercury hanyalah seorang pemuda yang pemalu yang suka dan gilakan muzik.
Menubuhkan Queen
April 1970, Mercury akhirnya bergabung bersama Brian May dan Roger Taylor yang ketika itu menganggotai kugiran yang bernama Smile apabila vokalisnya itu Tim Stafell memilih untuk membawa haluannya sendiri dek perbezaan pendapat mengenai hala tuju muzik kumpulan tersebut
Pemergian Stafell menjadi rahmat dan membuka ruang kepada Mercury yang telah pun menjadi sebahagian daripada kugiran itu sebagai ‘pengarah kreatif’ dan sebelum itu pernah beberapa kali meminta untuk menjadi vokalis kugiran tersebut tetapi ditolak oleh May kerana berpendapat tidak akan melepaskan posisinya sebagai vokalis dan pemain gitar bass.
Kemasukan John Deacon pada 1971 sebagai pemain bass akhirnya menjadi pelengkap kepada “the missing puzzle” dan bermulanya era di mana Farrokh Bulsara mencipta nama sebagai “Freddie Mercury” dan menjadi “creative force” di dalam Queen.
Selain, menjadi individu yang bertanggungjawab menukar nama kugiran daripada Smile tersebut kepada Queen, sisi kreatif lain Mercury adalah kehebatannya dalam seni grafik -bidang yang diceburi ketika menyambung pengajiannya di kolej, beliau mereka logo yang menjadi simbolik Queen.
Logo diilhamkan bersempena zodiak kesemua ahli Queen yang terdiri daripada dua ekor singa (Leo) yang mewakili Deacon dan Taylor, seekor ketam (Cancer) yang mewakili May dan dua pari-pari yang mewakili Mercury (Virgo).yang mengelilingi huruf ‘Q’ dan seekor phoenix di bahagian atas logo.
Mengecap Kemahsyuran
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ternyata penubuhan Queen merupakan titik tolak kepada Mercury untuk mencipta kemahsyuran.
Di sebalik kehebatannya vokalnya yang mampu mencecah empat oktaf, ke’geniusan’nya menulis dan menjadi pencipta utama lagu-lagu yang dimainkan oleh Queen.bersama dengan May.
Dalam puluhan lagu yang dikarang oleh Mercury untuk Queen sudah pasti ramai akan mengangkat “Bohemian Rhapsody” sebagai masterpiece yang pernah dikarang oleh beliau. Ya, sebuah lagu yang mempunyai beberapa genre yang digabung sekali dan yang paling utama lirik yang seakan-akan tidak masuk akal serta seolah-olah sedang merapu.
Walaupun, kebanyakan lagu yang dicipta oleh Mercury menggunakan piano namun beliau masih mampu bermain gitar walaupun kemahirannya tidaklah setanding dengan gitaris utama Queen, Brian May yang juga mengatakan Mercury hanya mempunyai kemahiran asas dalam bermain gitar.
Lagu “Crazy Little Thing Called Love” merupakan antara lagu yang dikarang oleh beliau menggunakan gitar dan dikarang sebagai penghormatan kepada “King of Rock and Roll”, Elvis Presley.
Sementelahan, Freddie juga merupakan pencipta lagu-lagu terkenal Queen yang lain seperti “We Are the Champion”, “Killer Queen” dan “Don't Stop Me Now” yang turut dimuatkan dalam album Queen, “Greatest Hits”.
Namun, di sebalik kehebatan beliau mencipta lagu dan kekuatan vokal empat oktafnya, tiada apa yang mampu menandingi karisma Mercury beraksi di atas pentas.
Berbeza dengan personalitinya yang dikenali sebagai seorang yang pemalu, persona beliau berubah 180 darjah ketika beraksi di atas pentas. Gaya beliau yang sangat teatrikal ketika di atas pentas seringkali menjadi tarikan kepada para penonton.
Salah satu gaya yang menjadi trademark kepada Mercury ialah penggunaan mikrofon yang patah kakinya. Semuanya bermula pada awal kariernya bersama Queen apabila beliau mematahkan tapak kaki mikrofonnya kerana terlalu berat untuk memberikan beliau lebih kebebasan ketika melakukan persembahan.
Live Aid 1985 di Wembley terpahat sebagai bukti yang menjadi legenda dalam sejarah rock and roll. Kehadiran beliau di atas pentas memukau puluhan ribu penonton yang memenuhi Wembley.
Dan, beliau melakukan sesuatu yang menakjubkan apabila laungan yang menayangkan kekuatan vokalnya disambut oleh penonton dan yang singalong bersama Mercury. Laungan “AYYY OOOOH” yang menggegar Wembley itu dikenali sebagai “The Note Heard Around The World”.
Perginya Seorang Legenda
Pada penghujung 1986, media British mula melaporkan bahawa Freddie Mercury telah dijangkiti HIV. Walau bagaimanapun, Mercury dan rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat berterusan menafikan perkara tersebut.
Tahun-tahun terakhir Mercury banyak menghabiskan masanya dengan melakukan apa disukainya, mencipta lagu yang sempat diterjemahkan kepada tiga album Queen di samping meluangkan masa teman-teman dan keluarganya.
Petang 24 November 1991, Freddie Mercury akhirnya menghembuskan terakhir beliau di rumahnya di Kensington akibat pneumonia yang disebabkan oleh komplikasi daripada AIDS.
Selamat Hari Jadi Freddie! The Show Must Go On!
Amar Afiq adalah seorang peminat kugiran Queen dan pasukan bola sepak Arsenal. Beliau merupakan mantan mahasiswa jurusan Sains dan Bahasa Inggeris, namun lebih berminat memerhatikan keanehan manusia.
Foto: Getty Images
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.