Apabila berbicara tentang kewangan, pasti ada perbincangan tentang “financial freedom” atau kebebasan kewangan. Konsep ini selalunya merupakan misi utama dalam kewangan. Tapi, apa itu maksud kebebasan kewangan sebenarnya?
Maksud kebebasan kewangan
Kebebasan kewangan ialah bebas daripada ikatan faktor luar seperti bos, pelanggan, jadual, gaji dan lain-lain. Kekayaan sebenar dikira melalui kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja yang kita mahu. Artikel ini akan membincangkan pengajaran tentang kebebasan kewangan dari tiga pemikir agung, Benjamin Franlin, Peter Lynch dan Charlie Munger.
Kebebasan kewangan dari kaca mata benjamin Franklin dan Peter Lynch
Bagi Benjamin Franklin, dua ciri penting perlu ada untuk membina kekayaan iaitu:
i) Berjimat
ii) Etika kerja yang kuat
Bagi Peter Lynch, dalam jangka masa panjang, bukan berapa banyak duit kita buat hari ini yang akan tentukan kekayaan masa hadapan tetapi berapa banyak duit tersebut yang kita gunakan untuk penyimpanan dan pelaburan.
Langkah pertama ke jalan kebebasan kewangan ialah hidup mengikut kemampuan.
Kurangkan penggunaan pendapatan, ikut kemampuan seperti:
- Elak ambil terlalu banyak hutang
- Bayar diri sendiri dahulu (fokus untuk jadikan diri sendiri lebih bagus)
- Hanya belanja apa yang tinggal setelah melabur
- Jangan bergantung kepada satu aliran pendapatan sahaja, belajar skil baharu dan cari aliran
- pendapatan kedua dan seterusnya
- Elakkan skim cepat kaya
- Melabur dengan bijak dengan belajar dari pelabur yang berjaya
Pengajaran dari Charlie Munger
Charlie Munger ialah naib pengerusi Berkshire Hathaway. Penulis buku The Joys of Compounding, Gautam Baid, bina satu “blueprint” kebebasan kewangan yang kita semua boleh ikut setelah melihat jalan hidup Charlie Munger.
- Kerja keras, banyakkan belajar, bina skil yang beri nilai
Apabila kita baru mulakan pekerjaan, selalunya kita akan mula dengan sewakan masa kita untuk dapatkan gaji. Pada masa ini, banyakkan belajar dan kumpul pengalaman, pada masa yang sama belajar skil baharu yang mampu memberi nilai kepada orang lain dan diri sendiri.
- Sasarkan 10 kali ganda perbelanjaan hidup
Munger berjaya kumpul $300,000 semasa beliau seorang peguam dan mempunyai bisnes pembangunan hartanah. Beliau mampu menampung kos sara hidup beliau dan keluarga selama 10 tahun.
- Untuk percepatkan pengumpulan harta, ambil risiko dengan mulakan bisnes
Sasarkan kerja yang boleh diskala, iaitu yang tidak dibayar mengikut masa atau bulan. Fahami risiko kehancuran (risk of ruin), dan elakkan dari ambil risiko ini. Hampir semua orang kaya mempunyai bisnes. Munger mulakan langkah bisnes beliau dalam dunia pembangunan hartanah.
- Pada satu masa, pendapatan pasif dari pelaburan kita akan mampu jaga perbelanjaan.
Pada masa inilah kita sudah capai kebebasan kewangan. Untuk capai tahap ini, pada langkah satu, dua dan tiga, jangan lupa untuk melabur.
Elak perangkap "hedonic treadmill"
Hedonic treadmill adalah apabila kekayaan kita meningkat, kita punya keinginan pun meningkat. Kalau keinginan kita meningkat setanding dengan harta, bila kita nak gembira? Misalnya, apabila kita mahukan X, apabila sudah dapat X kita sepatutnya gembira tetapi tidak. Kita nampak orang lain ada 2X, 3X, selepas itu kita fikir dapat 2X, 3X baru gembira. Bila hendak bahagia kalau kita berfikir begitu? Epicurus pernah tulis, “It is not the man who has too little, but the man who craves more, that is poor.” Jika seseorang jatuh dalam perangkap ini, kemungkinan untuk individu tersebut jadi miskin kembali meningkat, “Many persons, as they begin to prosper, immediately commence expending for luxuries, until in a short time their expenses swallow up their income, and they become ruined in their ridiculous attempts to keep up appearances and make a sensation.” – Gautam Baid
Untuk elakkan dari terperangkap dalam perangkap “hedonic treadmill”, mulakan “track” pendapatan dan perbelajaan anda. Bina had belanja dengan tanya diri sendiri apa yang cukup. Bak kata Peter Drucker, “what gets measured gets managed.”
Moga ilmu ini dapat membantu anda dan selamat berjaya.
Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.
Foto: commons.wikimedia.org
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.