Malaysia Irredenta (Bhg 3)

Malaysia Irredenta (Bhg 3)

Berikut adalah sambungan terjemahan teks pidato Malaysia Irrendenta oleh Wenceslao Q. Vinzons. Sila baca Bahagian 1 dan Bahagian 2 yang diterbitkan minggu lalu.

Tetapi orang-orang Melayu telah tidur dalam tidur yang terkutuk. Bukan untuk satu, atau berabad-abad, tetapi untuk apa yang nampaknya seperti selama-lamanya. Asal-usul mereka diselubungi oleh misteri. Mereka hanya memiliki tradisi yang datang dari laut.

Sebuah teori hebat tetapi tidak mustahil akan menjadikan orang Melayu penduduk benua yang hebat di hamparan lautan yang telah tenggelam berabad-abad yang lalu. Mereka masih memiliki sisa-sisa ketamadunan yang dahulunya sangat maju; mereka mempunyai bahasa yang sangat membangun yang lebih tersebar luas dari bahasa Rom dan Yunani.

Seseorang akan mewujudkan pertalian di antara Indian-Amerika, Polinesia, dan Melayu, dan persamaan yang jelas dalam bahasa, tradisi rumah di atas laut dan penyebaran umum, persamaan bentuk fizikal serta karakter secara umum dilihat menyokong teori ini.

Ianya tidaklah tanpa asas untuk menyimpulkan bahawa kaum-kaum ini mungkin bersekutu dan pada suatu masa diluar ingatan manusia (pernah) berkongsi rumah yang sama. Tetapi apabila air laut menenggelamkan benua mereka, ketika tidur nyenyak pada zaman purba menghentikan segala aktiviti, mereka perlahan-lahan jatuh dari tangga peradaban.

Mereka kaum yang lebih bersatu dari orang India atau Cina, namun mereka tidak membentuk negara moden yang kuat. Pada asalnya satu dalam bahasa; kini mereka berbicara dalam dialek yang mengelirukan.

Berpusatkan diri dalam falsafah mereka, ditindas dalam pengasingan yang panjang, tidak menghiraukan sejarah mereka yang hebat, mereka telah gagal membenihkan mimpi untuk sebuah Negara Bersatu yang bebas, Malaysia yang ditebus semula.

Sejarah bangsa kita telah ditandai oleh paparan sesekali kegeniusan nenek moyang kita yang terpencil. Di bawah pengaruh budaya Hindu, empayar Sriwijaya menyatukan wilayah yang luas dari Formosa ke Ceylon, dan merangkul ke selatan Jawa dan Maluku. Bangunan-bangunan megah di Sumatra dan istana-istana Angkor Thom adalah monumen abadi keagungannya.

Ketika bangunnya empayar Sriwijaya, telah diikuti penaklukan yang lebih luas oleh kerajaan Majapahit. Tentera Melayu berperang melawan gerombolan Kublai Khan dan mendirikan penempatan di tempat yang jauh.

Orang-orang Polinesia, juga, melalui waktu pembangunan-negara mereka, dan bila orang berkulit putih datang dengan Bible dan botol rum, dia mendapati hampir setiap pulau memiliki pemerintahan yang teratur.

Hawaii memiliki sebuah perlembagaan sejak Kapten Cook mengkhianati layanan baik orang-orang Hawaii, Fiji, Tahiti dan Samoa setiap satunya memiliki kerajaan yang stabil sebelum datangnya para mubaligh Kristian.

Orang-orang Melayu di Madagaskar telah menyatukan diri ke dalam sebuah kerajaan yang kuat dan telah membina lebih banyak gereja dari yang terdapat di Paris ketika kapal perang Perancis merampas kawasan tersebut atas nama Katolik Perancis. Tetapi orang kulit putih dengan prinsip mengagumkan tentang kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraannya, menindas pemerintah pribumi dan menggantikannya dengan pemerintahan asing.

Dalam pada berdakwah tentang sebuah agama keamanan, dia memperkenalkan senapang dan bahan letupan; dengan niat untuk mempromosikan kebahagiaan manusia, dia menghadapi penentangan pribumi dengan api dan pedang, memusnahkan kampung-kampung dengan kapal-kapal perang dan meriam. Dia telah cuba memusnahkan sisa-sisa masa lalu pribumi dan menekankan keagungannya sendiri.

Terjemahan oleh Amir Abd Hadi. Terjemahan ini dibuat secara semberono, yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Tagalog, sebelum diterjemah kedalam bahasa Inggeris. Bersambung dalam Malaysia Irredenta Bahagian 4

Share this Post: