Maksud dan Cara-cara Bahagia Menurut Sains

Maksud dan Cara-cara Bahagia Menurut Sains

Apa maksud kebahagiaan?

Menurut sains, kebahagiaan ialah pengalaman emosi positif, rasa seronok yang bergabung dengan rasa hidup yang ada makna dan tujuan. Bagi penulis, perkataan yang paling sesuai untuk terangkan maksud kebahagiaan ialah perkataan yang Aristotle guna, "eudaimonia."

Eudaimonia bermaksud manusia berkembang ("human flourishing"). Kebahagiaan bagi penulis ialah, rasa gembira yang kita terima dalam usaha capai potensi sebenar diri.

Mana satu yang datang dulu, kejayaan atau kebahagiaan?

Selalunya kita harus berjaya dulu, baru kita rasa bahagia. Tapi bagi penulis, berdasarkan meta-analisis yang kumpulkan 200 kajian tentang kebahagiaan, jelas bahawa kebahagiaan yang bawa kepada kejayaan.

"I mentioned the impressive meta-analysis of happiness research that brought together the results of over 200 scientific studies on nearly 275,000 people-and found that happiness leads to success in nearly every domain of our lives, including marriage, health, friendship, community involvement, creativity and, in particular, our jobs, careers and businesses." - Shawn Achor 

Kajian menunjukkan pekerja yang lebih bahagia lebih produktif, menghasilkan jualan yang lebih tinggi, mempunyai prestasi yang lebih bagus dalam kerja, terima gaji yang lebih tinggi dan banyak lagi.  

Kebahagiaan juga memudahkan kita belajar. Emosi positif beri otak kita dopamin dan serotonin yang mampu kekalkan informasi dalam otak, memudahkan kita ingat kembali informasi, jadikan kita lebih pantas berfikir dan lebih kreatif.

"Positive emotions flood our brains with dopamine and serotonin, chemicals that not only make us feel good, but dial up the learning centers of our brains to a higher level. They help us organize new information, keep that information in our brain longer, and retrieve it faster later on. And they enable us to make and sustain more neural connections, which allows us to think more quickly and creatively, become more skilled at complex analysis and problem solving." - Shawn Achor

Berikut merupakan antara cara-cara untuk jadi lebih bahagia: 

1. Buat baik kepada orang lain

Sonja Lyubomirsky, penulis The How of Happiness mendapati individu yang lakukan 5 kebaikan sehari laporkan rasa bahagia yang bertahan selama beberapa hari, jauh selepas tempoh kajian selesai. 

2. Meditasi

Kajian menunjukkan meditasi mampu tingkatkan rasa tenang dan empati. Perbuatan ini juga mampu tingkatkan tahap kebahagiaan dan kurangkan tekanan jiwa. 

Bagaimana nak lakukan meditasi?

Cara melakukan meditasi ialah dengan fokus kepada sesuatu objek, pemikiran atau aktiviti. Ia adalah aktiviti yang melatih tahap fokus. 

Untuk mereka yang beragama Islam, kita ada aktiviti yang menggunakan fokus setiap hari, iaitu aktiviti yang memerlukan khusyuk hati dan badan misalnya solat dan berzikir. 

3. Bersenam

Aktiviti fizikal mampu tingkatkan rasa gembira melalui endorfin, tingkatkan mood, motivasi, kurangkan tekanan jiwa, gelisah dan mampu bawa kita masuk ke keadaan "flow", yang mampu tingkatkan rasa gembira 

4. Belanjakan duit untuk pengalaman, bukan barang

Kajian menunjukkan mereka yang belanjakan wang untuk pengalaman, misalnya makan bersama-sama keluarga atau kawan, terima emosi positif yang lebih bermakna dan tahan lebih lama berbanding belanja beli barang. 

Belanja "prosocial", atau belanja untuk orang lain juga tingkatkan rasa kebahagiaan berbanding belanja untuk diri sendiri.

Dalam satu kajian, 46 orang pelajar diberi $20 untuk dibelanjakan. Mereka yang disuruh untuk belanjakan duit tersebut untuk orang lain, (misalnya belanja kawan makan tengahari, beli mainan untuk adik, atau menderma) lebih bahagia berbanding mereka yang disuruh untuk belanjakan wang tersebut untuk diri sendiri.

Ada banyak lagi cara untuk tingkatkan kebahagiaan. Apa yang anda lakukan untuk tingkatkan kebahagiaan? 

Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.

Foto: Columbia Pictures

Share this Post: