Air mata yang dihasilkan melalui kelenjar kecil yang terletak di atas mata membantu membersihkan mata daripada habuk dan bendasing lain, mengekalkan kelembapan dan melincirkan mata.
Namun, menangis memerlukan lebih daripada sekadar air mata.
Menangis adalah tindak balas semula jadi manusia terhadap sesuatu perasaan.
Menangis tidak membuatkan seseorang itu lemah atau memalukan kerana menangis merupakan satu reaksi daripada perasaan yang perlu diluahkan dan dilepaskan.
Menangis mempunyai fungsi sosial yang penting. Selain mengakui dan menghargai perasaan sendiri, menangis mampu memberi kekuatan dan menimbulkan simpati dalam perhubungan seterusnya mendekatkan hubungan antara seseorang individu dengan individu lain.
Perasaan sedih, marah dan kecewa adalah perasaan semula jadi yang ada dalam diri kita manusia biasa.
Setiap orang pasti pernah lalui situasi sedih, marah dan kecewa dalam kehidupan. Perasaan yang membuatkan kita terduduk dan pecah dalam tangisan.
Tangisan yang disebabkan emosi mengandungi tahap hormon “stress” yang tinggi.
Air mata yang terhasil daripada luahan emosi mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada air mata yang dihasilkan tanpa tuntukan emosi.
Air mata emosi mempunyai kepekatan hormon berasaskan protein yang lebih tinggi, termasuk prolaktin serta neurotransmitter leucine encephalin iaitu sejenis ‘painkiller’ yang dihasilkan apabila seseorang mengalami tekanan.
Para saintis menyimpulkan bahawa kandungan protein yang lebih tinggi ini menjadikan air mata emosi lebih pekat, yang membuatkannya melekat pada kulit dengan lebih kuat dan mengalir ke muka dengan lebih perlahan.
Menangis dengan bersungguh-sungguh melepaskan perasaan boleh mendatangkan perasaan lega dan meringankan bebanan perasaan seseorang.
Namun, selain perasaan lega, kebiasaannya akan disusuli dengan rasa mengantuk selepas menangis.
Kenapa?
Menangis sebenarnya meletihkan, mental mahupun fizikal. Semasa menangis, seluruh emosi anda dikerahkan untuk melepaskan rasa sedih, marah atau kecewa yang anda rasakan. Menangis juga memerlukan banyak tenaga. Semasa menangis, degupan jantung menjadi lebih laju dan pernafasan menjadi lebih perlahan.
Menangis dengan bersungguh-sungguh boleh membawa kepada situasi yang dipanggil hiperventilasi, iaitu keadaan paras oksigen yang diterima oleh otak menurun dan seterusnya membuatkan seseorang mengantuk.
Dengan menangis, hormone stress yang dipanggil hormon kortisol akan dirembeskan. Ini juga merupakan faktor yang membuatkan seseorang berasa letih dan mengantuk selepas menangis.
Menangis bukan sahaja membuatkan anda berasa mengantuk, tetapi juga membantu anda mendapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.
Semasa menangis, hormon gembira iaitu hormon endorphin dan oxytoxin dirembeskan juga, hormone ini ibarat painkiller kepada tubuh dan jiwa. Hormon ini mendorong rasa tenang sekaligus membantu kita untuk tidur dengan aman dan tenang.
Menangis adalah salah satu mekanisme terbaik untuk menenangkan diri. Dengan menangis, sistem saraf parasimpatetik (PNS) diaktifkan. PNS membantu badan anda berehat dan membantu sistem penghadaman. Kesan menenangkan itu boleh dirasakan beberapa minit selepas seseorang menangis.
Adalah penting untuk membenarkan diri anda menangis jika perlu. Ambil ruang dan masa yang diperlukan untuk menangis kerana menangis adalah satu langkah penyembuhan untuk hati, jiwa dan fizikal seseorang.
Dengan menangis, masalah tingkah laku negative dapat dikurangkan seterusnya membantu seseorang untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan menyeluruh.
Syarmila Ishak merupakan anak Kedah yang mahu rantau seluruh dunia dan minat membaca novel tentang kehidupan atau apa-apa sahaja bacaan yang memberi inspirasi.
Rujukan:
https://theswaddle.com/why-do-we-feel-so-tired-after-a-good-cry/
https://www.latestly.com/lifestyle/health-wellness
Kredit foto: medicalnewstoday.com
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.