“Azam tahun baru ini, saya nak turunkan berat badan”
Mungkin ayat ini sering didengari oleh kawan-kawan kita mahupun kita sendiri yang lafazkan pada tahun lepas ataupun pada tahun-tahun yang sebelum itu.
Tetapi, sebenarnya ada rahsia dan cara yang senang untuk menurunkan berat badan, dan cara dia amat mudah dan selamat. Caranya hanya minum air. Bukan minum jenis minuman yang kita lihat dalam iklan seperti teh detox, minuman protein dan sebagainya. Tetapi hanya dengan minum air kosong: air masak atau suling sahaja.
Bagaimana? Kerana dengan minum air kosong; yang merupakan cecair yang tiada kalori berbanding dengan air berperisa dan bergula secukupnya, ia akan memecahkan lemak dan serat larut air yang membantu dalam sistem pencernaan. Hasilnya, badan akan berfungsi lebih baik dalam meningkatkan kadar metabolisma, yang berguna dalam membakar lemak dan akan lebih mudah menyingkirkan bahan buangan seperti air kecil dan air besar dari dalam badan.
Khasiat air bukan sahaja sekadar membersihkan tubuh, tetapi juga adalah medium pengangkutan zat penting dalam tubuh. Ia membantu dalam menguatkan kembali otot-otot dan ligamen, juga melancarkan sistem peredaran darah dan pernafasan.
Tubuh akan kehilangan cecair apabila bersenam, berpeluh, banyak berjalan dan sebagainya. Tubuh akan cepat berasa letih dan lesu, juga boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal sekiranya kandungan air dalam tubuh tidak mencukupi. Tambahan pula, kekurangan air akan mengakibatkan tubuh mengalami dehidrasi dan secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah sembelit dimana usus akan menyerap kadar air dalam makanan dan seterusnya melambatkan proses pencernaan.
Selain melegakan masalah sembelit, dengan mengambil air yang secukupnya dapat meningkatkan prestasi fizikal, tenaga kerja, kawal suhu badan, berfikiran positif dan kreatif, malah ia juga dapat membantu dalam pencegahan penyakit seperti batu karang, hati, ginjal, mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok serta melambatkan sel kanser.
Berdasarkan saranan dari Institute of Medicine’s Food and Nutrition Board, jumlah pengambilan air yang cukup bagi wanita adalah 2.6 liter air pada setiap hari, manakala bagi lelaki pula adalah 3.7 liter pada setiap hari.
Untuk mendapatkan tubuh berfungsi dalam tahap optimum, pengambilan air perlulah mengikut berat badan masing-masing. 1 liter air bagi setiap 25 kg adalah kiraan kuantiti yang ideal. Jikalau berat badan adalah 75 kg, maka 3 liter air sekurang-kurangnya diperlukan setiap hari.
Bagi ibu yang menyusukan bayi, digalakkan untuk mengambil lebih daripada 2 gelas air kosong setiap hari, dan bagi warga emas, juga disarankan untuk minum air kosong secukupnya. Oleh itu, pakar pemakanan mengesyorkan untuk meminum rata-rata 8 gelas air sehari untuk membantu tubuh berfungsi dalam tahap optimum.
Peningkatan kuantiti air dalam tubuh juga membantu melembapkan kulit dan juga mengurangkan masalah jeragat dan jerawat kerana air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kulit lebih sihat, lebih halus, anjal, licin, lebih ‘bernyawa’ dan tidak kusam.
Hanya dengan minum air secukupnya, dapat manfaat yang telah dikongsi di samping juga mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Adam Lester Tan adalah seorang pengamal hidup aktif. Berasal dan membesar di Bukit Mertajam, beliau kini berkhidmat bersama Penggerak Komuniti Pulau Pinang.
Foto ihsan Pinterest
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.