Kidal bermaksud penggunaan tangan kiri seseorang itu lebih dominan berbanding penggunaan tangan kanan.
Kira-kira 15% daripada populasi dunia adalah kidal. Bermakna, golongan kidal ini tergolong dalam kelompok minoriti, yang diraikan pada 13 ogos setiap tahun dalam sambutan hari kidalsedunia.
Terdapat beberapa teori yang dikemukakan untuk merungkai persoalan mengapa sesetengah orang kidal.
Kajian awal cenderung mengatakan bahawa kidal dipengaruhi oleh faktor-faktor biologi terutamanya faktor genetik. Selain itu, terdapat juga dakwaan kuno bahawa ia berpunca daripada ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung.
Pada tahun 2005, saintis melaporkan dalam jurnal Neuropsychologia bahawa janin telah menunjukkan sisi tangan yang dominan semasa dalam kandungan dengan menghisap ibu jari sebelah kanan atau kiri. Kecenderungan pemilihan sisi tangan yang dominan ini berterusan sehinggalah bayi dilahirkan.
Antara kajian lain juga menyebutkan bahawa perbezaan genetik di hemisfera kiri dan kanan otak yang menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai kidal ataupun tidak.
Penemuan terbaru pada 2017 oleh saintis di Jerman serta beberapa saintis lain dari Afrika Selatan dan Belanda mendapati sisi tangan yang dominan tidak dikawal oleh otak, sebaliknya ia ditentukan oleh aktiviti gen di saraf tunjang yang tidak simetri.
Kajian ini menerangkan bahawa pergerakan tangan dikawal oleh bahagian otak yang dipanggil korteks motor, yang kemudiannya menghantar signal ke saraf tunjang. Di sinilah signal akan diterjemahkan dalam bentuk pergerakan.
Semasa bayi membesar di rahim, sehingga kira-kira 15 minggu, korteks motor dan saraf tunjang belum tersambung antara satu sama lain, tetapi bayi sudah menunjukkan sisi tangan yang dominan dengan menghisap jari mereka di sebelah kiri atau kanan tangan seawal usia 8 minggu di dalam kandungan.
Ringkasnya, bayi sudah boleh melakukan pergerakan dan menggunakan tangan yang dominan sebelum otak mula mengawal badan. Ini menyebabkan para penyelidik percayabahawa saraf tunjang adalah penentu untuk pilihan tangan yang dominan. - ALTERNATIF
Foto ihsan Deccan Herald
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.