Khabib – Sang Helang yang Tenang

Khabib – Sang Helang yang Tenang

Siapa Khabib ini?

Beliau adalah pengusti Ultimate Fighting Championship (UFC) yang berasal dari Russia.

Sosok tubuhnya mula dikenali secara meluas di Malaysia apabila bertarung bersama Conor Mcgregor pengusti dari Ireland.

Beliau merupakan Muslim yang berjaya menarik perhatian dan hati ramai orang Malaysia.

Rekod perlawanan Khabib amat mengagumkan, 29-0.

Selain hebat di gelanggang, Khabib juga menawan perhatian awam melalui karakternya yang rendah diri dan menghormati lawan dalam gelanggang.

Walaupun diprovokasi oleh pihak lawan dengan pelbagai kata dan perbuatan, beliau tetap tenang menghadapinya.

Selain itu, keakraban hubungan dengan keluarga terutama hubungan dengan ayahnya.

Ayahnya sering bersama apabila bertarung di gelanggang sehinggalah ayahnya meninggal pada 3 Julai 2020 yang lalu.

Kematian ayahnya telah mendorongnya mengumumkan persaraan daripada gelanggang UFC pada perlawanan bersama Justin Gaethje, pada 24 Oktober 2020 yang lalu.

Perlawanan itu menjadi perlawananan terakhirnya dan sehingga kini beliau belum ditewaskan.

Itulah Khabib – Sang Helang yang Tenang

Share this Post: