Ekor Merak dan Handicap Principle

Ekor Merak dan Handicap Principle

Dalam padangan tentang kewangan, ada persamaan antara manusia dan burung merak. Persoalannya, bagaimana nak kekal jadi manusia?

"The sight of a feather in a peacock's tail, whenever I gaze at it, makes me sick." - Charles Darwin

Charles Darwin merasa pelik tatkala melihat ekor burung merak. Ekornya berwarna-warni dan cantik, ya itu jelas. Tetapi, ekornya juga berat, besar, menyebabkan burung merak susah terbang, susah lari dari pemangsa dan ambil banyak tenaga dan masa untuk tumbuh dan kekalkan. Ekor burung merak ini merupakan satu beban. Jadi, kenapa ekor ini wujud? 

Jawapannya adalah apa yang kita gelar sebagai Handicap Principle - melemahkan diri sendiri dengan tujuan memberi sesuatu isyarat. 

Darwin berjaya hilangkan kemusykilan beliau dengan memahami bahawa ekor burung merak ini merupakan satu alat isyarat untuk tujuan mengawan. Mempunyai ekor yang besar dan cantik menunjukkan kehebatan burung itu sehingga boleh membazirkan masa dan tenaga untuk sesuatu yang seharusnya memberi beban kepada diri sendiri.

Fenomena ini dipanggil "handicap Principle”. Ia berlaku kepada banyak jenis haiwan, tapi bagi Richard Meadows, manusia berjaya jadikan prinsip ini kepada satu seni tahap tinggi.

Burung merak ada ekor, manusia pula ada Louis Vutton, Chanel, Birkin dan lain-lain. 

Fenomena ini jugalah yang membawa kita melihat kepada perilaku seperti perbelanjaan yang menonjol atau “conspicuous consumption”.

Thorstein Veblen tulis tentang "conspicuous consumption" pada tahun 1899. Bagi Thorstein Veblen, perbelanjaan menonjol berlaku apabila 

Pertama, kepuasan seseorang semasa berbelanja datang dari reaksi orang lain terhadap jumlah wang yang dibelanjakan untuk beli sesuatu barang, berbanding kebaikan barang tersebut. Untuk pastikan kepuasan ini terjadi, barang yang dibeli mestilah barang yang tunjuk status pembeli ("status symbol") 

Dan kedua, perbelanjaan menonjol selalunya tidak lain hanyalah pembaziran yang melampau.

Dalam bidang ekonomi, manusia ini selalunya dianggap rasional. Kalau manusia makhluk yang rasional, kenapa manusia masih membazir dengan melakukan perbelanjaan menonjol? 

Amotz Zahavi pada tahun 1975 berjaya berikan beberapa idea kepada persoalan diatas melalui idea "handicap principle." 

Sebagai manusia, kita bukan sahaja beri isyarat kepada calon pasangan, tapi juga kepada rakan sekerja dan orang berdekatan. Ahli ekonomi, Robin Hanson menganggarkan, 80% dari perangai manusia ada kaitan dengan "signalling."

"Economist Robin Hanson, co-author of the Elephant in the Brain, estimates that as much as 80% of human behaviour boils down to signalling. Whatever pure and noble intentions we may claim to be motivated by; we’re almost always trying to make ourselves look good in front of the group." - Richard Meadows

Bagi Richard Meadows, perbelanjaan sebegini beri masalah. Zaman sekarang, memberi isyarat melalui barang mewah makin hilang impaknya. Ini kerana untuk dapatkan harta melalui hutang amat mudah sekarang, contohnya kad kredit, rumah tanpa wang pendahuluan dan lain-lain.

"While fancy possessions are still the default way to show off today, the signal is losing its reliability. The twin forces of globalisation and easy credit have eroded the exclusivity of material goods, to the point where any prole with a pulse can get a loan. It’s unremarkable to buy a car on finance, a house with almost no down payment, and put a trip to the Bahamas on the credit card." - Ricard Meadows

Naval Ravikant, seorang usahawan dan pelabur yang berjaya, menasihatkan kita untuk elakkan status dan fokus pada pembinaan harta. Malah bagi Naval, lebih baik untuk elak orang yang pentingkan status. 

"Seek wealth, not money or status. Wealth is having assets that earn while you sleep. Money is how we transfer time and wealth. Status is your place in the social hierarchy. Ignore people playing status games. They gain status by attacking people playing wealth creation games." - Naval Ravikant

Elakkan diri dari terperangkap dalam permainan status. Tahu kemampuan diri sendiri. Elakkan risiko kehancuran. Fokus pada pembinaan harta. Harap ilmu ini beri manfaat kepada diri anda dan saya 

Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.

Foto: Philip Cheung / The Cut

Share this Post: