Sukan elektronik (e-sukan) menjadi sangat popular dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda di negara ini.
Perkara ini merujuk kepada perkembangan paparan peranti dan kemudahan capaian jalur lebar telah membuka satu dimensi baharu dalam kehidupan golongan muda dalam melibatkan diri secara serius dalam sukan elektronik ini sehingga ada yang menjadikan sukan ini sebagai kerjaya utama.
Sukan yang menawarkan ganjaran wang tunai yang lumayan ini berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia sama ada berlainan bangsa, umur dan jantina.
Sama seperti sukan fizikal, sukan ini juga memerlukan latihan khusus untuk jangka masa tertentu supaya pemain akan lebih bersedia sebelum menyertai pertandingan.
Sejajar dengan kemajuan elektronik seperti telefon bimbit, remaja mudah untuk memiliki aplikasi setiap permainan yang digemari.
Aneka pilihan permainan
Permainan yang paling digemari dan diminati ialah Mobile Legends. Permainan ini berasal dari negara China yang telah diterbitkan oleh syarikat Moonton. Kedua-dua pasukan saling berentap dan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh seterusnya memusnahkannya sambil mengawal pangkalan masing-masing supaya tidak diceroboh pihak musuh.
Setiap pasukan akan dimainkan oleh lima pemain yang berperanan sebagai Marksman, Assassin, Mage, Support, Fighter dan Tank.
Permainan ini semakin digilai di rantau Asia sehingga dimasukkan ke dalam acara pingat di sukan antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Permainan kedua yang digemari oleh golongan remaja di Malaysia ialah Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG). Permainan ini dikembangkan oleh syarikat PUBG Corporation, sebuah anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole.
PUBG berkonsepkan battle royale iaitu pertempuran genre tembak-menembak antara pemain sama ada bersendirian, duo atau secara berkumpulan.
Pemain akan dibawa terbang dan diturunkan di suatu latar tempat tanpa sebarang peralatan atau senjata tetapi pemain boleh mendapatkannya dengan membunuh dan merampas barang tersebut. Pencapaian terbaik untuk permainan ini dimainkan oleh lebih dari 50 juta pengguna telefon pintar Android.
Selain daripada Mobile Legends dan PUBG, permainan Dota 2 turut mendapat sambutan yang menggalakkan di negara ini.
Permainan ini merupakan perlindungan Defense of Linux yang telah dicetuskan oleh syarikat Valve Corporation. Dota 2 ini juga akan dimainkan oleh beberapa orang pemain yang memegang watak “hero” dengan kuasa dan gaya tersendiri.
Permainan ini telah dikeluarkan sejak tahun 2013 setelah dibangunkan oleh pereka mod Defense of the Ancient pada tahun 2009 iaitu Ice Frog.
Permainan ini telah melibatkan ramai pemain dari serata dunia sehingga Valve sendiri telah menganjurkan sebuah pertandingan terbesar yang dikenali sebagai The International dan diadakan di Key Arena, Amerika Syarikat.
Valve juga menaja kejohanan-kejohanan kecil pada peringkat Majors pada setiap tahun di seluruh dunia.
Counter-strike lazimnya merupakan permainan pemula di alaf moden ketika ini. Jangka hayat permainan ini bermula sejak tahun 1999. Ketika itu, Minh Le dan Jess Cliffe telah menemukan idea dan mencuba membangkitkan permainan ini.
Tema permainan ini adalah “polis” yang melakukan aksi tembak-menembak antara pemain. Berdasarkan statistik pada tahun 2006, terdapat lebih 200,000 orang yang telah melayari dan bermain permainan ini.
Permainan ini juga mempunyai beberapa siri ekspidisi counter-strike seperti Condition Zero, Condition Zero Deleted Scene, Source, Online, Neo dan Global Offensive.
Senjata yang paling popular digunakan oleh pemain-pemain permainan ini ialah Hyper Beast, MP5-SD, Luger P08, Glock 18 dan Franchi SPAS-12.
Faedah, pulangan lumayan dan populariti
Kebanyakan mereka yang meminati sukan ini adalah disebabkan pendedahan sejak kecil kepada permainan video.
Mungkin bermula sebagai minat yang akhirnya bertukar menjadi hobi yang menguntungkan. Permainan ini juga mampu membuka peluang kerjaya sama ada menjadi pemain, jurulatih atau pengurus pasukan selain dapat meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris.
Tambahan pula, hadiah yang bakal dimiliki agak lumayan. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai serta gelaran nama pemenang yang akan dipaparkan di bahagian ruang iklan dan promosi di seluruh negara.
Tidak hairanlah pemain yang hebat sentiasa menjadi rujukan kerana populariti mereka dalam media sosial sekali gus dapat mengumpul ramai pengikut baharu yang berbeza latar belakang.
Antara faedah lain adalah pemain juga terdedah kepada keunikan visual dan seni grafik daripada paparan permainan.
Pemain dapat menimba ilmu dan pengetahuan tentang reka bentuk, struktur permainan dan pergerakan objek seterusnya merangsang serta memberi idea kepada pemain untuk menghasilkan aplikasi video sendiri pada masa hadapan.
Pemain juga secara tidak langsung melalui proses pembelajaran yangdapat mencetuskan pelbagai idea selain dapat menimbu ilmu-ilmu grafik dan seni visual.a
Permainan ini juga melatih pemain berani membuat keputusan cepat kerana para pemain akan berhubung secara langsung dengan pemain lain sesama pasukan untuk menewaskan musuh.
Jika permainan ini dapat mengurangkan stres para pemain, kenapa tidak.
Unsur negatif
Walaupun e-sukan memberi banyak faedah kepada individu yang terlibat secara langsung dalam permainan yang dimainkan, terdapat juga beberapa kesan negatif yang bakal dihadapi oleh mereka.
Pemain mudah terdedah kepada unsur ganas seperti pertarungan bersenjata, suasana yang tegang dan perilaku yang tidak sopan.
Pakar kaunseling, Vashnarekha Kumarasuriar (2011) menyatakan bahawa 89% permainan visual yang dimainkan mempunyai unsur-unsur keganasan.
E-sukan juga mempengaruhi dan menjejaskan personaliti pemain dari segi perilaku, disiplin, etika dan tatatertib kerana terpengaruh dengan personaliti aktor-aktor dalam permainan tersebut selain mengganggu rutin harian yang seterusnya akan merosakkan kehidupan pemain itu sendiri.
Mohd Syazlan Aliff adalah seorang peminat tegar bola sepak yang bernafas dalam lagu You'll Never Walk Alone.
Foto kredit: Wikipedia
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.