Jika kita perhatikan senario semasa yang berlaku pada zaman dunia yang semakin tenat dengan wabak pandemik ini, maka tidak hairanlah jika ramai yang mula mempersoalkan tentang isu “double standard” yang makin nyata kelihatan. “Double standard” dalam bahasa yang mudah difahami adalah apabila segelintir golongan diberi kepentingan dan keutamaan berdasarkan kepada class mereka di mata masyarakat. Namun ia adalah satu budaya yang sangat tidak sihat dan mampu mendorong kepada perbalahan dan rasa tidak puas hati.
Isu “double standard” di Malaysia bukan lagi satu perkara yang baharu. Terdapat beberapa senario yang berlaku pada masa kini yang membuatkan rakyat marhaen seperti kita merasa tertindas dengan keputusan atau layanan berat sebelah yang diberi kepada sesetengah individu dan seterusnya meragui tahap keadilan dan kesamarataan yang diamalkan di Malaysia.
Terdahulu, seorang ibu tunggal telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan hari dan denda sebanyak RM 1,000 kerana disabit kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, pada bulan yang sama juga terdapat individu lain (baca: golongan kenamaan) yang melakukan kesalahan yang sama namun hanya telah didenda tanpa pemenjaraan.
Perbezaan hukuman atas kesalahan yang sama telah mengakibatkan ramai yang mengutarakan rasa tidak puas hati mereka dan menyifatkan hukuman tersebut tidak adil. Ia memberi gambaran yang negatif serta mengakibatkan rakyat meragui tahap integriti sistem keadilan kita.
Di Malaysia pada saat ini, ramai mula mempersoalkan tentang isu hak rakyat marhaen dan individu kayangan. Individu kayangan yang dimaksudkan adalah golongan atasan, ahli politik mahupun public figure. Kecoh di media sosial apabila golongan individu kayangan ini seolah-olah kebal dengan undang-undang ataupun hukuman yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Golongan ini kelihatan seperti diberi kelonggaran yang nyata sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia yang lain.
Sebagai contoh, sebelum ini, kita dihidangkan dengan berita bahawa ahli politik yang pulang dari luar negara hanya perlu menjalani tempoh kuarantin selama tiga hari sahaja berbanding rakyat-rakyat marhaen biasa iaitu selama dua minggu. Senario ini membuktikan bahawa Malaysia masih lagi mengamalkan double standard dengan mengenakan peraturan yang berbeza bagi situasi yang sama.
Tidak salah jika kita ingin implementasikan peraturan ini sekiranya ia tidak berkait rapat dengan kesihatan dan keharmonian Malaysia. Namun, pakar kesihatan kita sendiri mengesyorkan bahawa tempoh kuarantin yang ideal adalah selama 14 hari bagi mengurangkan kadar penularan Covid-19, sesuai dengan tempoh inkubasi virus tersebut.
Isu tentang double standard ini berlaku di mana-mana sahaja waima di tempat kerja sekalipun. Jika di Malaysia isu double standard lebih dikaitkan dengan status sosial seseorang, namun jika di tempat kerja ia lebih kepada favouritism, atau lebih dikenali sebagai situasi pilih kasih.
Harus diakui di mana-mana organisasi, favouritism memang berlaku. Bagi organisasi yang mengamalkan budaya favouritism, mereka harus akur bahawa favouritism block career growth dan ini akan memberi kerugian kepada mereka sendiri. Hal ini kerana, amalan favouritism ini akan melahirkan satu persekitaran yang negatif dan mengancam keharmonian di tempat kerja.
Isu double standard tidak hanya berakhir di situ, namun turut berlaku di dalam institusi kekeluargaan. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, gender equality seringkali dipandang remeh, apabila anak lelaki lebih diberi kebebasan berbanding dengan anak perempuan. Diakui bahawa kebebasan anak perempuan memang harus dipantau, namun anak perempuan juga harus diberi kebebasan untuk mengembangkan social circle dan juga career growth mereka seperti mana yang diberi kepada anak lelaki.
Bukan itu sahaja, kerja-kerja harian di rumah juga seringkali diletakkan di bahu anak perempuan dan bukan anak lelaki. Ini adalah satu tabiat yang harus diubah di mana anak lelaki dan perempuan harus dilayan sama rata dan diberi tugas yang sama rata bergantung kepada kemampuan mereka.
Double standard bukanlah satu budaya yang sihat dan ia harus dihapuskan. Amalan ini merupakan satu ancaman yang mampu menggugat keharmonian sesebuah negara dan institusi. Demi kemakmuran bersama, layanan yang sama rata harus diberi.
Tambahan pula dengan situasi semasa dimana kita masih lagi bergelut dengan pandemik yang berbahaya ini, ramai yang terkesan dengan peraturan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Ia adalah lebih baik jika semua pihak akur dan mengikut peraturan yang ditetapkan tanpa mengira bangsa, status sosial mahupun warna kulit. At the end of the day, we’re fighting for the same goal, the recovery of Malaysia.
Hazlina Halik adalah seorang ambivert yang mempunyai lulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan kini bekerja dalam industri pembuatan.
Foto: Fahmi Reza / VICE
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.