Pernah tidak anda rasa bersalah tatkala membeli buku sedangkan ada buku lain di rumah yang masih belum dibaca? Salah satu pandangan tentang hal ini ada ditulis oleh Nassim Taleb dalam buku beliau The Black Swan. Bagi beliau anda tidak perlu rasa bersalah, kerana anda sedang membina "Antilibrary". Apa itu antilibrary?
Tentang Antilibrary
Dalam buku The Black Swan, Nassim Taleb menulis tentang Umberto Eco, seorang penulis yang mempunyai koleksi sehingga 30,000 buku.
Selalunya jika kita lihat ada individu yang mempunyai koleksi buku yang sebegitu banyak, kita akan fikir individu tersebut sudah membaca kesemua buku tersebut. Bagi Nassim Taleb ini pemikiran yang salah.
Pada pendapat beliau, kita perlu ada koleksi buku yang banyak untuk menunjukkan yang terdapat banyak lagi ilmu yang kita belum tahu. Buku - buku tersebut perlu memberi kita rasa "intellectual humility".
Kita perlu rasa yang kita belum cukup ilmu apabila memandang buku-buku tersebut. Konsep yang sama wujud di negara Jepun. "Tsundoku" bermaksud timbunan buku yang belum dibaca.
Jika ada banyak buku yang kita belum baca bukan bermaksud kita sedang membazir, sebaliknya menunjukkan yang kita sentiasa bersedia untuk menambah ilmu.
Zaman sekarang, kita ada goodreads misalnya, untuk kita simpan senarai buku yang ingin dibaca. Ada juga yang saya lihat menggunakan aplikasi seperti Notion, juga untuk menyimpan senarai buku tersebut
Tentang Antiresume & Antischolar
APabila kita menulis resume, kita hanya menulis ilmu yang kita sudah tahu.
Tetapi bagi Nassim Taleb, lebih bagus jika kita ada koleksi ilmu yang kita belum tahu, ini apa yang beliau panggil antiresume.
"People don’t walk around with anti-résumés telling you what they have not studied or experienced (it’s the job of their competitors to do that), but it would be nice if they did." - Nassim Taleb
Jika kita hanya fokus pada ilmu yang kita sudah tahu, boleh jadi kita terlebih yakin dengan ilmu yang kita ada. Kita perlu ada rasa takut jika perasaan ini mampu buat kita berhenti tambah ilmu.
Jika kita ada koleksi ilmu yang kita belum tahu, kita tahu dimana kelemahan diri dan sentiasa bersedia untuk tambah ilmu. Cara berfikir sebegini dipanggil antischolar oleh Nassim Taleb.
Dari fokus kepada ilmu yang kita ada, antischolar fokus kepada buku yang belum dibaca, iaitu ilmu yang dia belum ada. Ini juga mampu elakkan kita dari Dunning Kruger effect, iaitu lebih sikit pengetahuan kita terhadap sesuatu bidang, lebih tinggi rasa yang kita bagus dalam bidang tersebut.
Seharusnya lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita tahu yang kita tidak tahu. Bak kata Aristotle, "the more you know, the more you don't know."
Saya akhiri tulisan ini dengan kata dari Jessica Stillman:
“All those books you haven’t read are indeed a sign of your ignorance. But if you know how ignorant you are, you’re way ahead of the vast majority of other people,”
Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.
Foto: Ognen Teofilovski / Reuters
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.