Kekecohan persepsi awam menimbulkan rasa takut dan amarah yang hebat dalam kalangan orang tua yang keras menolak perbuatan tidak bermoral itu, sehingga penguat kuasa negeri terpaksa melakukan beberapa program dan inisiatif untuk membimbing wanita kampung kembali ke ‘jalan yang benar’, dan tidak jatuh ke dalam perangkap si buaya darat di bandar dan mengetepikan nilai tradisi mereka.
Sara Salimi
Dalam catatan etnografi oleh Aihwa Ong, seorang ahli antropologi yang kini menetap di California, Amerika Syarikat dan mengajar di California University of Berkeley, masyarakat di perkampungan Melayu, atau selalunya dipanggil orang kampung, mengertikan budaya melalui sudut pandang dunia yang berkait rapat dengan unsur-unsur setempat mereka, yakni adat – praktik dan kata-kata lazim, serta prinsip-prinsip keislaman.
Rencam politik di Universiti Malaya pada mata kasar kelihatan progresif, terhormat, dan yang paling ke hadapan dalam mengepalai kegusaran-kegusaran mahasiswa masa kini. Namun aneh sekali, di tengah-tengah laungan autonomi ini, wujud perkara-perkara yang payah dilihat di mata kasar. Perkara ini sudah lama berlanjutan, membarah sejak dari sesi kesatuan yang lepas. Ia seperti sudah menjadi tradisi dan praktis yang enak dinormalisasikan. Makanya ini adalah sebuah kritikan, sama sekali bukan serangan.
Anak Muda Terabadi merupakan sebuah penulisan kreatif yang bertujuan sebagai sebuah memoir kepada nyawa-nyawa anak muda yang gugur di usia muda akibat tekanan hidup dari pelbagai sudut masyarakat, sama ada dengan rela atau tidak.