Aira Azhari

Periuk Nasi dan Perihal Orang Melayu

Periuk Nasi dan Perihal Orang Melayu

Baru-baru ini, badan penyelidik Ilham Centre telah menjalankan kajian tentang penerimaan orang Melayu-Muslim terhadap agenda reformasi institusi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu-Muslim lebih mengutamakan isu kemiskinan dan kos sara hidup berbanding dengan reformasi institusi dan urus tadbir kerajaan.