Apakah Sam harus dilihat sebagai “orang jahat” jikapun didapati bersalah? Tidak juga, sekurang-kurangnya untuk saya. Apakah Sam tidak menghormati mahkamah jikalau dia merayu? Tidak, sebab semua tertuduh berhak menggunakan segala saluran yang ada untuk membela dirinya. Sam berhak, Anwar Ibrahim berhak, malah Najib Razak pun berhak untuk berbuat demikian.
Lim Hong Siang
Pengalaman hidup harian dijadikan asas terbentuknya prejudis atau buruk sangka yang dipukul rata ke atas kelompok etnik tertentu. Malah dengan kaca mata berwarnakan kulit, ramai yang gagal melihat kompleksiti dalam sesebuah masyarakat, dengan lapisan yang berbeza-beza.
Berbuih-buih kita berhujah, dengan logik bahawa tidak masuk akal pemilik yang mahu memaksimakan keuntungan menggunakan daging babi yang lebih mahal untuk menggantikan ayam, akhirnya tetap gagal merungkaikan keraguan yang berserabut dalam otak mereka.